Saturday, December 27, 2014

Aku pun rindu kau kawan

Haish,baru habis belajar bawa moto.payah jugalah rasanya bawa moto ni.tapi tak apa walauapapun aku akan terus berusaha sampai berjaya.haha
Tadi aku ada on wechat.then aku buatlah hobi aku stalk orang.tergerak hati nak stalk dia.aku tengok whatup dia tertulis "rindu kau kawan"then aku tengok moment dia update "aku rindu kau kawan.disebabkan satu perkataan tak bertegur sampai sekarang.aku ok aku dah besar"tak sangka dia rindu aku.nak saja aku komen aku rindu dia juga tapi aku segan bila fikir balik apa yang telah aku buat kat dia.takpelah,aku kena tanggung akibat dari perbuatan aku sendiri.sunyi juga rasanya bila dia tak ada.mana taknya setiap hari mesti chat dengan dia.haish,apa nak jadi dengan aku ni,asyik bertindak ikut perasaan je.
Tahun depan merupakan tahun terakhir aku akan jejakkan kaki ke sekolah.sedih juga bila nanti semua kekawan akan bawa diri ke haluan masing-masing..setiap permulaan akan ada pengakhiran dan setiap pertemuan akan ada perpisahan...
...lepas ni dah tak ada main-main lagi.focus dengan spm yang bakal tiba.aku harap kekawan aku semua akan berjaya dalam hidup.

Oklah dah pagi ni xD.bye.semoga berjumpa lagi...

Friday, December 26, 2014

Takpe ar.dia ok tanpa aku.:')

Ditengah mlm ni dengan baki bateri yang tak seberapa ni,tergerak pulak nak tulis blog ni.hmm,baru lepas stalk dia sebab satu hari dah tak chat dengan dia.rasa rindu pulak.semalam aku gaduh dengan dia.aku tahu dia gurau je tapi aku yang emosi lebih.bila pikir balik terasa aku mcm budak-budak nak merajuk tak tentu pasal.ingat tadi nak chat dengan dia tapi segan ar...takpe ar,aku dengan dia berbeza.dia ada ramai kawan,kalau aku tak chat dengan dia pun apa dia kesah.aku ni lain,ramai kawan tapi aku bila sehari tak chat dengan dia,perasaan rindu mula datang...takpe ar,dia ok tanpa aku tapi aku sunyi bila dia tak ada.aku happy bila dia happy.sayang gile aku dengan dia.haha.kita tunggu dan lihatlah sampai bila dia ingat  aku ni.aku tak akan salahkan dia kalau dia berubah sebab akulah puncanye dia berubah.sorry ye kawan :').
Bila kita kesunyian,ada je lagu sedih dimainkan radio.seakan-akan dia tahu kesunyian kita.aku bila sorang-sorang ni start ar karok.jom ar karok lagu MJ
"you are not alone'' nanti muzik aku suruh dak liana cute xD masukan.Sesuai sangatlah lagu ni bila time kesunyian.takpe ar,suatu hari nanti kitaorang mungkin akan berbaik tapi mungkin tak serapat dulu :').kalau dia happy aku pun happy.oklah bateri pun nak K.O ni.goodmornite xD.assalammualaikum :)

Thursday, December 25, 2014

Hmm

Kenapa dgn aku ni?benda kecik pun nak marah dia.memang dia bergurau je tapi dalam gurau dia aku rasa sakit hati.aku sanggup tunggu dia online semata mata nak chat dgn dia tapi dia boleh buat aku mcm ni.aku tahu aku cuma kawan je tapi tolonglah hargai aku.aku cuma nak kau hargai aku tu je tak lebih.setiap hari aku tunggu kau online walaupun adakala kau tak online.tapi takpe aku sanggup tunggu.
  Kawan,kalau kau rasa aku ni selalu kacau kau beritahulah aku tak akan buat lagi.Sorry kawan sebab buat kau bersalah 

Tuesday, December 9, 2014

Apabila diketemukan dgn seseorang yg bermakna dalam hidup

Hai,assalammulaikum.Apa khabar semua?aku disini sihat sejahtera alhamdulillah. sekarang ni aku nak cerita pasal seorang kawan aku ni.aku sayang dia sangat.bertemu di laman sosial dan mula berkawan selepas.aku sebenar sekadar add je untuk menambah kenalan tetapi bila diaorang approve bukan aku chat pun.sekadar chat bertanya tentang diri then krik2.haha.tetapi pada suatu ari tu...(wah ayat tak menahan.hahaha)...tergerak pulak hati ni nak chat dgn seseorang.then,terjumpa pulak nama dia.aku tengok gambar dp macam peramah orangnye n cantik pulak orangnye...(hahaha)...lepastu aku pun berani kan diri memulakan pembualan.waktu tu tengah pikir ayat apa yang "terbaik" nak memulakan pembualan.last2 dah pening,mulakan dgn "assalammualaikum"...(haha ngeng)...then dia balas dia pun jawab"waalaikumusalam".tak sangka cepat juga dia balas.kalau orang lain bila aku hantar chat,seminggu kemudian baru balas.hahaha.ok sambung balik cerita.sejak hari itu aku mula mengenali dirinya.semakin hari kita orang semakin rapat.suatu ari dia ada ckp yg dia suka kawan dgn aku.dia kata aku ni lain daripada yg lain.aku pun tanya lain yang macam mana?dia pun ckp lelaki bila chat dgn dia mesti dia org minta couple bagai dan dia tak suka cam tu.then lepas dia ckp macam tu, aku pun ckp kat dia yg niat aku hanya nak berkawan dgn dia dan tak lebih dari tu...(ayat poyo.hahah)...sejak ari tu aku dan dia semakin rapat. suatu ari,aku dapat tahu yg dia dah pakwe.korang mesti nak tahu apa reaksi aku bila tahu yg dia dah ada pakwe kan?pergh bila aku tahu aku rasa mcm nak terjun katil je sebab kecewa. Hahaha,aku gurau je.sebagai seorang kawan,mestilah aku tumpang gembira.yelah dia kan cantik dan susah nak pikat dia tapi ada juga yg berjaya buka pintu hati dia.tetapi sayang sekali,hubungan mereka tak berkekalan.mungkin bukan jodoh.dia redha dan move on.aku tahu dia seorang yang kuat dan tabah.dahlah malas nak cita pasal hubungan dia.haha hmm,setiap manusia ada perasaan.biasalah kan bila kita mula rapat dgn seseorang tambahan pula dia seorg perempuan mesti timbul perasaan suka dalam hati aku...(hahaha dah start dah mood jiwang aku)...tapi bila aku merenung sejenak dan bertanya pada diri sendiri"berbaloi ke aku ada perasaan ini sedangkan dia anggap aku sebagai seorg sahabat yg mana selalu mendengar masalah dia dan selalu ada untuk dia tikala susah dan senang,disaat gelak tawa dan nangis.hmm aku fikir elok aku lupakan perasaan ini dan terus berusaha menjadi sahabat yg baik.kan bagus jika aku dilahirkan tanpa ada perasan kerana perasan ini amat pedih untuk aku lupakan.mungkin suatu hari nanti perasan ini akan hilang dgn sendirinya.insyallah,mudah-mudahan. dah panjang lebar aku cerita pasal diri dia.korang tak bosan ke ngek baca apa yg aku tulis?haha takpe ar kalau tak bosan aku teruskan cerita aku.haha. adakala teringin jugalah nak berjumpa dengan dia.tetapi mungkin belum masanya lagi.dia tu perempuan n aku ni laki mana boleh keluar berdua kerna insan ketiga akan hadir bila keluar berduaan.haaha.tapikan,andai suatu hari nanti...(ceh,ayat tak menahan.haha)...aku dan dia dapat berjumpa,aku dan dia mesti rasa kekok dan segan.maklumlah selalu chat kat laman sosial je tak pernah jumpa pun.heee.dia pernah ckp kat aku bila berjumpa nanti mesti perangai dia lain dari selalu yg kadang2 gila2.hahaha.aku ckp kat dia bila aku dapat jumpa dia,aku nak tenung dia lelama biar dia malu...(ketawa jahat)...ngeng. oklah ada sesuatu yg aku nak ckp bila dia terbaca blog aku ni...(harap dia tak baca ar.segan ngek) ..."assalammualaikum kak oit.dah puas baca ngeng?haha.eh kak,sepanjang aku kenali kau,hidup aku mula berubah sedikit demi sedikit.kaulah yg selalu sabar dengan perangai aku yg kadangkala gila gila.terima kasih juga sebab selalu nasihati aku dan selalu mendengar masalah aku.aku juga amat bersyukur kerna telah dipertemukan dengan sorang sahabat yg baik serta solehan.eh kau,seandainye sepanjang persahabatan kita aku ada menyakiti hati kau dgn gurauan kasar serta banyak beri kau nickname yg lawak harap dimaafkan ye.hahah.aku harap persahabatan kita akan kekal selamanye.amiiin..."(haha deep siak bila baca balik.) ...
 Kita berjumpa kerana takdir. 
Kita berkawan kerana kasih sayang. Kita bersama kerana hati. 
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan. 
TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA. 
TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa. 
Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan. 
THANK YOU, TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabat

Oklah mata aku pun dah mengantuk.sekian daripada aku dan semoga berjumpa lagi. :-)

Apabila minat terhadap menulis blog timbul

Hai,assalammulaikum.kalau korang nak tahu bukan senang hendak menulis blog.untuk menulis blog korang kenalah mempunyai idea yang mantap untuk menambat hati para pembaca .Ini kali pertama aku cuba untuk menulis blog.aku minta maaf sekiranya para pembaca bosan dengan cara aku menulis.maklumlah aku budak baru yang berjinak-jinak dalam dunia blogger.haha Oklah,aku akhiri ini dengan serangkap pantun "jika ada sumur diladang, bolehlah saya menumpang mandi, Kalau ada umur yg panjang, Insyaallah kita ketemu kembali". Sekian daripada ku.semoga bertemu kembali dilain hari.:-)

Saturday, October 4, 2014

Setelah kau tiada

Dulu aku keliru dgn perasaan aku.tapi bila dia dah tiada baru aku tahu yg aku sangat sayang pada dia.itulah manusia,apabila sudah kehilangan seseorang,mula timbul perasaan penyesalan.


Friday, September 26, 2014

Cinta dalam hati'13


Detik demi detik
Masa kunanti apakah ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Mengenai kisah kita
Tersedar di dalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Tanpamu cintaku berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali mengenang kenangan lalu