Hai,assalammulaikum.Apa khabar semua?aku disini sihat sejahtera alhamdulillah. sekarang ni aku nak cerita pasal seorang kawan aku ni.aku sayang dia sangat.bertemu di laman sosial dan mula berkawan selepas.aku sebenar sekadar add je untuk menambah kenalan tetapi bila diaorang approve bukan aku chat pun.sekadar chat bertanya tentang diri then krik2.haha.tetapi pada suatu ari tu...(wah ayat tak menahan.hahaha)...tergerak pulak hati ni nak chat dgn seseorang.then,terjumpa pulak nama dia.aku tengok gambar dp macam peramah orangnye n cantik pulak orangnye...(hahaha)...lepastu aku pun berani kan diri memulakan pembualan.waktu tu tengah pikir ayat apa yang "terbaik" nak memulakan pembualan.last2 dah pening,mulakan dgn "assalammualaikum"...(haha ngeng)...then dia balas dia pun jawab"waalaikumusalam".tak sangka cepat juga dia balas.kalau orang lain bila aku hantar chat,seminggu kemudian baru balas.hahaha.ok sambung balik cerita.sejak hari itu aku mula mengenali dirinya.semakin hari kita orang semakin rapat.suatu ari dia ada ckp yg dia suka kawan dgn aku.dia kata aku ni lain daripada yg lain.aku pun tanya lain yang macam mana?dia pun ckp lelaki bila chat dgn dia mesti dia org minta couple bagai dan dia tak suka cam tu.then lepas dia ckp macam tu, aku pun ckp kat dia yg niat aku hanya nak berkawan dgn dia dan tak lebih dari tu...(ayat poyo.hahah)...sejak ari tu aku dan dia semakin rapat. suatu ari,aku dapat tahu yg dia dah pakwe.korang mesti nak tahu apa reaksi aku bila tahu yg dia dah ada pakwe kan?pergh bila aku tahu aku rasa mcm nak terjun katil je sebab kecewa. Hahaha,aku gurau je.sebagai seorang kawan,mestilah aku tumpang gembira.yelah dia kan cantik dan susah nak pikat dia tapi ada juga yg berjaya buka pintu hati dia.tetapi sayang sekali,hubungan mereka tak berkekalan.mungkin bukan jodoh.dia redha dan move on.aku tahu dia seorang yang kuat dan tabah.dahlah malas nak cita pasal hubungan dia.haha hmm,setiap manusia ada perasaan.biasalah kan bila kita mula rapat dgn seseorang tambahan pula dia seorg perempuan mesti timbul perasaan suka dalam hati aku...(hahaha dah start dah mood jiwang aku)...tapi bila aku merenung sejenak dan bertanya pada diri sendiri"berbaloi ke aku ada perasaan ini sedangkan dia anggap aku sebagai seorg sahabat yg mana selalu mendengar masalah dia dan selalu ada untuk dia tikala susah dan senang,disaat gelak tawa dan nangis.hmm aku fikir elok aku lupakan perasaan ini dan terus berusaha menjadi sahabat yg baik.kan bagus jika aku dilahirkan tanpa ada perasan kerana perasan ini amat pedih untuk aku lupakan.mungkin suatu hari nanti perasan ini akan hilang dgn sendirinya.insyallah,mudah-mudahan. dah panjang lebar aku cerita pasal diri dia.korang tak bosan ke ngek baca apa yg aku tulis?haha takpe ar kalau tak bosan aku teruskan cerita aku.haha. adakala teringin jugalah nak berjumpa dengan dia.tetapi mungkin belum masanya lagi.dia tu perempuan n aku ni laki mana boleh keluar berdua kerna insan ketiga akan hadir bila keluar berduaan.haaha.tapikan,andai suatu hari nanti...(ceh,ayat tak menahan.haha)...aku dan dia dapat berjumpa,aku dan dia mesti rasa kekok dan segan.maklumlah selalu chat kat laman sosial je tak pernah jumpa pun.heee.dia pernah ckp kat aku bila berjumpa nanti mesti perangai dia lain dari selalu yg kadang2 gila2.hahaha.aku ckp kat dia bila aku dapat jumpa dia,aku nak tenung dia lelama biar dia malu...(ketawa jahat)...ngeng. oklah ada sesuatu yg aku nak ckp bila dia terbaca blog aku ni...(harap dia tak baca ar.segan ngek) ..."assalammualaikum kak oit.dah puas baca ngeng?haha.eh kak,sepanjang aku kenali kau,hidup aku mula berubah sedikit demi sedikit.kaulah yg selalu sabar dengan perangai aku yg kadangkala gila gila.terima kasih juga sebab selalu nasihati aku dan selalu mendengar masalah aku.aku juga amat bersyukur kerna telah dipertemukan dengan sorang sahabat yg baik serta solehan.eh kau,seandainye sepanjang persahabatan kita aku ada menyakiti hati kau dgn gurauan kasar serta banyak beri kau nickname yg lawak harap dimaafkan ye.hahah.aku harap persahabatan kita akan kekal selamanye.amiiin..."(haha deep siak bila baca balik.) ...
Kita berjumpa kerana takdir.
Kita berkawan kerana kasih sayang. Kita bersama kerana hati.
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan.
TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA.
TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa.
Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan.
THANK YOU, TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabat
Oklah mata aku pun dah mengantuk.sekian daripada aku dan semoga berjumpa lagi. :-)